'Saya dah penat nak uruskan dia' - Ibu bunuh anak perempuannya yang lumpuh & alami masalah gangguan jiwa
Kebanyakan ibu di luar sana tidak akan tergamak untuk menyakiti anaknya
sendiri, apatah lagi melihat badan anak tercalar, pasti membuatkan si ibu
berasa sedih.
Tetapi bagi si ibu ini pula lain. Dia tergamak menamatkan riwayat darah
dagingnya sendiri kerana tidak dapat menerima anaknya lumpuh, selain
mengalami gangguan jiwa.
Lasi, 63, dari Jawa Timur, Indonesia, membunuh anak perempuannya, Putri
Ulandari, 18, dengan alasan yang tidak masuk akal itu.
Dalam pengakuannya, Lasi berkata dia berasa penat menguruskan anaknya
yang telah lama lumpuh dan mengalami masalah jiwa itu.
Kejadian itu berlaku di rumahnya sendiri di mana Lasi melemaskannya di
bilik tidur.
Perbuatan suspek terbongkar selepas kakak mangsa, Rini, berasa curiga
dengan adiknya itu sudah tertidur tanpa minum ubat penenang di mana selama
ini mangsa perlu minum ubat tersebut kerana mengalami masalah gangguan
jiwa.
Ketika masuk ke bilik mangsa, Rini mendapati adiknya terbaring di atas
katil dan berselimut. Selain itu, Lasi juga berada di sebelah
mangsa.
Rini curiga melihat banyak kesan darah pada selimut, lalu memberanikan
diri membukanya dan ternyata darah itu dari Putri yang sudah meninggal
dunia.
Rini terus keluar dari rumah meminta bantuan dari jiran yang kemudian
melaporkan kepada pihak polis.
Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek dan beberapa barang
bukti seperti pisau, selimut dan pakaian mangsa yang berlumuran
darah.
Sumber: Sosok