'Kalau aku tak dapat, perempuan lain pun tak boleh dapat!' - Gadis kerat pishang kekasih
MADHYA PRADESH, INDIA - Gara-gara darjatnya dianggap lebih rendah oleh
keluarga teman lelakinya, gadis ini nekad mencederakan lelaki itu yang
masih mencintai dia.
Rasa sakit hati semakin menjadi-jadi apabila keluarga itu menyuruh dia
meninggalkan anak mereka kerana lelaki itu bakal dijodohkan dengan
perempuan lain.
Tidak sanggup melihat teman lelakinya yang dikasihi bertahun-tahun itu
bahagia dengan gadis pilihan keluarga, dia mengambil keputusan untuk
memberi kejutan yang luar biasa.
Suspek berusia 21 tahun itu mengajak mangsa, 23, bermain satu permainan
dan matanya ditutup. Di kesempatan itu, suspek memotong alat sulit mangsa
dengan menggunakan sabit bagi memastikan mangsa tidak 'tidur' dengan
wanita lain.
Pada awalnya, mangsa cuba menyembunyikan kejadian itu dari keluarganya.
Tetapi dek kesakitan yang tidak terkata dan bilik tidurnya juga mempunyai
kesan darah, membawa kepada pembongkaran perbuatan suspek itu.
Mangsa dibawa ke hospital dan masih berusaha menyembunyikan kejadian
sebenar di mana dia memaklumkan kepada doktor bahawa dia yang memotong
alat sulitnya sendiri.
Ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan mangsa akhirnya mengakui bahawa
alat sulitnya dipotong oleh teman wanitanya.
Suspek ditahan polis dan berdepan dengan tindakan
undang-undang.
Sumber: Deccan Chronicle