"Saya Tak Perasan Pun Lampu Isyarat Masih Merah", Pemandu Honda City Balik Terus Ke Rumah Selepas Kemalangan Sebab Takut
Susulan video kemalangan yang membabitkan seorang penunggang motosikal di
persimpangan lampu isyarat yang viral di media sosial, pemandu Honda City
WXT 9590 tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata,
pemandu berusia 33 tahun itu tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada
jam 5 petang semalam untuk membantu siasatan berhubung kemalangan yang
berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Selayang.
Menurut keterangan pemandu itu, lelaki berkenaan menjelaskan dia sebenarnya
tidak perasan lampu isyarat di laluannya masih merah.
Apabila berlakunya kemalangan dengan penungang motosikal itu, pemandu Honda
City itu terkejut dan terus memecut balik ke rumah kerana ketakutan.
Keputusan ujian saringan air kencing ke atas pemandu itu didapati negatif
dadah.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penunggang
motosikal terbabit untuk tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.