[Video] "Mak Aih Lajunya Pengantin Bejalan..", Kahwin Dengan Askar, Pengantin Minta Maaf Jalan Laju Macam Kawad Kaki


Berarak menuju ke pelamin nan indah membuatkan pasangan pengantin begitu ‘malu-malu kucing’ apatah lagi sambil disaksikan ramai tetamu. “Elok ke tudung aku?”, “Kemas tak kain samping ni?”, “Senget tak crown aku ni?”. Melucukan, tapi mungkin itulah beberapa getus dalam hati mereka ketika berada di situasi tersebut.

Namun bagi pasangan pengantin di bawah, video ketika kedua-duanya berjalan naik ke pentas pelaminan nampak cukup lain macam. Berkahwin dengan askar, wanita itu bersoloroh meminta maaf kerana melangkah laju ibarat sedang berada dalam perbarisan kawad kaki pula. Malah para hadirin juga seakan tidak sempat hendak mengambil gambar atau video mereka.

Dalam beberapa langkah sahaja, kedua-duanya sudah sampai ke atas pelamin. Siapa sangka di sebalik kelajuan dan ketenangan wanita ini berjalan, rupa-rupanya dia juga gusar andai kata ‘terpeleot’ ketika menggayakan kasut tumit setinggi 7 inci tersebut.

@rynamohamad

sorry🙏🏼 kahwin dengan askar, dengan kita2 sekali jalan laju mcm berkawad masa bersanding😂 #foryoupage #fyp #sweetmemory

♬ original sound - ryna mohamad

Netizen juga sangat terhibur dengan gelagat raja sehari tersebut. Malah ada yang bergurau mereka berdua perlu diberikan arahan untuk “perlahan jalan” iaitu formasi biasa dalam kawad kaki.

 



Sumber : Kisah Dunia

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close