Kanak-kanak m4ut, paru-parunya pecah selepas mulut disumbat dengan hos udara tekanan tinggi
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut kerana paru-parunya pecah
selepas hos udara tekanan tinggi dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taiwan, mangsa yang dikejarkan
ke hospital disahkan meninggal dunia di mana paru-paru mangsa telah
pecah.
Polis kini sedang menyiasat bapanya atas dakwaan membunuh.
Pegawai penyiasat sedang menyoal siasat bapa mangsa untuk mengetahui
apakah kecederaan yang dialami oleh mangsa itu adalah secara sengaja atau
tidak, atau rekabentuk peralatan itu, atau mangsa memegang hos udara itu
sendiri, lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Bapa mangsa, Kuang, mendakwa anak perempuannya itu keluar dari kereta
lalu mengambil hos udara tekanan tinggi diletakkan ke dalam mulut
menyebabkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku.
Kuang segera mengejarkan anaknya ke hospital selepas menyedari kejadian
yang menimpa mangsa di mana kepala mangsa kebiruan dan mengalami kesukaran
untuk bernafas.
Pegawai penyiasat yang sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) berkata, Kuang dilihat memegang hos udara itu dan dihala ke arah
anaknya dua kali ketika dia menyembur angin pada kenderaannya,
BMW.
Bercanggahan dengan dakwaan suspek kononnya mangsa keluar dari kereta.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa tidak keluar dari tempat duduk
depan.
Related:
Penyiasat tidak dapat merungkai apa sebenarnya yang telah berlaku pada
waktu kejadian kerana suspek menghalang kamera pengawasan.
Kuang ditahan dan didakwa membunuh anaknya sendiri dan dibenarkan ikat
jamin 60,000 TWD (RM8,000).
Sumber: Daily Mail