"Dia kritik masakan saya..", Isteri tikam suami 35 kali kerana kritik masakannya kurang garam
Seorang wanita didakwa membunuh suaminya dengan menikam mangsa sebanyak
35 kali hanya kerana masakannya dikritik.
Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dihidang oleh
isterinya tidak cukup garam, ketika tetamu datang berkunjung ke rumah
mereka di Penza, Rusia.
Isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga mangsa tidur dan menikamnya
bertubi-tubi sambil disaksikan oleh anak perempuan mereka yang berusia
empat tahun.
Suspek kemudian mengejutkan tetamu lelaki dan memintanya menghubungi
ambulans sebelum paramedik tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa
telah meninggal dunia.
Evgenia mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menggunakan pisau dapur
dan ditangkap polis di kediamannya.
Lapor Daily Mail, bukan kali pertama pasangan itu bergaduh.
Sementara itu, penduduk di kawasan kediaman itu pula mempersoalkan
tindakan pihak berkuasa membenarkan suspek terus tinggal di rumah itu di
bawah kawalan polis, selain dibenarkan menjaga anak
perempuannya.
Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang
anak perempuan berusia 19 tahun dengan bekas isterinya itu.