Rakan sebilik mati ditikam sebab pasang volume muzik terlalu kuat
Malam 12 Januari lalu, polis menerima panggilan kecemasan yang
memaklumkan seorang lelaki maut ditikam di asrama pekerja di Guangdong,
China.
Sebaik saja polis tiba di lokasi kejadian, mereka terus menahan suspek
berusia 31 tahun bernama Chen yang didapati telah menikam mangsa, Li, 29,
yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam kejadian.
Menurut polis, siasatan mendapati dua lelaki terbabit sebelum itu
bertengkar kerana mangsa memasang bunyi muzik terlalu kuat.
Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan di mana Chen yang
gagal mengawal diri lalu mengambil pisau dan menikam mangsa.
Gambar senjata yang digunakan oleh suspek turut tersebar di media sosial
negara itu, begitu juga dengan kesan darah di lantai asrama itu turut
kelihatan dalam gambar tersebut.
Netizen pula mengambil kesempatan itu untuk memberi amaran kepada orang
ramai terutamanya golongan bujang yang tinggal di rumah sewa agar tidak
melakukan kesilapan sama. Jika tidak, berkemungkinan rakan serumah mereka
turut bertindak agresif seperti itu.


