Penggal kepala teman wanita kerana masak sup kobis kurang enak
Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya kerana memasak sup kobis
yang kurang enak, kata polis.
Polis menemui mayat wanita berusia 47 tahun itu tanpa kepala di Smolensk,
Rusia.
Ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu di negara itu di mana
seorang lelaki mati ditikam isterinya selepas mengadu masakkannya kurang
garam.
Suspek berusia 43 tahun ditahan di kediaman mereka di kampung
Kozlovka.
Menurut sumber, suspek marah kerana isterinya masak sup kobis yang kurang
enak.
Menurut jiran pasangan itu, suspek kehilangan kerjanya baru-baru ini dan
mula melayani minuman alkohol.
Selepas membunuh mangsa, suspek cuba membunuh dirinya, tetapi gagal
berbuat demikian.
Awal minggu ini, seorang wanita menikam suaminya sebanyak 35 kali kerana
mengkritik masakannya yang kurang garam.
Nelayan, Slava Davydkin, 43, dibunuh isterinya, Evgenia, 31, ketika
mangsa sedang tidur dan perbuatan itu dilakukan di hadapan anak perempuan
mereka berusia 4 tahun.
Evgenia kemudian mengaku membunuh suaminya dan kini di dalam tahanan di
rumah.
Sumber: Daily Mail