(Video) Pasangan remaja kantoi 'projek' atas bumbung masjid
Sepasang remaja di bawah umur ditangkap kerana melakukan maksiat di
bumbung Masjid Jamik Baitul Muttaqin Saree di Kecamatan Lembah Seulawah,
Aceh Besar, Indonesia, 24 Februari lalu.
Pada mulanya warga masjid melihat pasangan itu naik ke tingkat dua
bangunan masjid. Curiga dengan kelakuan pasangan itu, mereka pergi melihat
apa yang dilakukan oleh pasangan itu.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pasangan itu sedang
melakukan perbuatan tidak senonoh di mana si lelaki dilihat sedang
menindih pasangannya di atas bumbung masjid.
Pasangan itu kemudian ditangkap dan remaja lelaki itu sempat dipukul
sebelum mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan
selanjutnya.
Ketua Polis Aceh Besar, Ayi Satria Yuddha mengesahkan kejadian itu, namu
nmeminta agar kes itu tidak diviralkan kerana pasangan itu masih bawah
umur.
Apakan daya, video tersebut telah disebarkan di media sosial dan stesen
televisyen di negara itu turut menyiarkan klip video tersebut dengan
gambar kedua-duanya dikaburkan.
Sumber: Serambi News

