Gadis OKU diratah oleh bapa dan 2 beradiknya sebanyak 185 kali
Polis Indonesia mendedahkan pihaknya baru-baru ini menyelamatkan seorang
gadis remaja berusia 18 tahun merupakan OKU (lembam) dikenali sebagai AG
dari terus diratah oleh bapanya, JM, 45, dan dua beradiknya iaitu SA (24)
dan YF (15 ), yang ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual
terhadap mangsa semenjak ibunya meninggal dunia.
AG yang tinggal bersama tiga suspek itu di Sukoharjo. Jirannya yang
prihatin berkata, dia curiga melihat keadaan AG lalu meminta polis
menyiasat bapa dan dua beradiknya itu sebelum ketiga-tiganya
ditahan.
Menurut penyiasat, JM mengaku telah merogol mangsa sebanyak lima kali,
manakala SA berkata dia telah merogol AG sebanyak 120 kali dan YG, 60
kali.
Ketua Polis Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Tanggamus, Primadona
Laila berkata, JM mengakui dia sedar bahawa dia merogol anaknya sendiri
dan mengambil kesempatan di atas kekurangan anaknya itu.
"Dia (mangsa) tidak berdaya dan bapanya mengambil kesempatan itu untuk
memuaskan halwa nafsunya," kata Primadona.
Sementara itu, SA dan YF berkata mereka bertindak demikian kerana
terdorong dengan nafsu selain kerap menonton video lucah melalui telefon
bimbit, malah pernah mengajak mangsa menonton video itu bersama mereka
beberapa kali.
Bukan itu sahaja, YF juga mengaku kepada polis bahawa dia baru-baru telah
melakukan hubungan seks dengan lembu dan kambing milik jirannya. Ekoran
itu, polis meminta YF menjalani pemeriksaan mental.
Mangsa kini dijaga oleh saudara dan berada dalam keadaan baik dari segi
fizikal. Tetapi dia masih trauma dengan kejadian tersebut.
Tiga suspek terbabit ditahan reman untuk siasatan lanjut. Jika didapati
bersalah, ketiga-tiganya boleh dihukum penjara selama 15
tahun.
Sumber: Coconut Jakarta