Wanita berusia 27 tahun buat pengguguran bayi sebanyak 17 kali kerana belum bersedia menjadi ibu
![]() |
|
Seorang wanita muda di China dimaklumkan oleh doktor bahawa dia
berkemungkinan tidak akan dapat hamil lagi di masa akan datang selepas
menjalani pengguguran bayi sebanyak 17 kali dalam tempoh enam
tahun.
Rahim wanita itu yang dikenali sebagai Xiao Ju, telah rosak teruk dan
lapisan uterusnya menjadi nipis seperti kertas selepas menjalani
pengguguran itu, kata Dr Zhao, Ketua Ginekologi di Hospital Ibu Hamil dan
Kanak-Kanak Shiyan di Hubei, China, yang mengendalikan kesnya.
Difahamkan, Xiao Ju telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya
selama enam tahun dan pasangan itu melakukan hubungan kelamin tanpa
menggunakan kondom.
Xiao Ju mengakui bahawa dia masih belum bersedia untuk berkahwin dan
tidak mampu untuk membesarkan zuriatnya menyebabkan dia terpaksa
menggugurkan semua kandungannya.
Dr Zhao berkata, dia pernah cuba memujuk Xiao Ju untuk meneruskan saja
kehamilannya itu pada ketika dia datang ke hospital baru-baru ini di mana
Dr Zhao menjelaskan berkemungkinan itu adalah peluang terakhirnya untuk
hamil.
Tetapi, wanita berusia 27 tahun itu nekad dengan keputusannya,
menyebabkan Dr Zhao dan rakan sekerjanya tiada pilihan dan terpaksa
melakukan pengguguran seperti yang dipinta.
Related:
Xiao Ju sangat kerap datang ke hospital itu dan sehingga ada doktor yang
melabelkannya sebagai 'pelanggan tetap'.
Sumber: Daily Mail