5 tahun menaruh dendam ditinggalkan, lelaki bunuh bekas teman wanita
Polis telah berjaya menahan suspek yang kini bakal berdepan dengan
tindakan undang-undang atas kesalahan membunuh.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Fitri, yang bekerja menjual tong
gas LPG telah memutuskan hubungannya dengan suspek, Yuda, sejak lima tahun
lalu atas alasan suspek hanya memiliki kelulusan akademik yang rendah
serta tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Setelah ditinggalkan Fitri, Yuda pergi membawa diri dengan pulang
ke kampung halamannya di Medan untuk memulakan kehidupan baru.
Beberapa tahun kemudian, Yuda mengambil keputusan untuk kembali merantau
ke Batam dan mencari pekerjaan di situ.
Setelah sebulan menetap di Batam, satu hari, Yuda hendak membeli tong gas
LPG dan terkejut apabila terserempak dengan penjual tong gas wanita yang
rupa-rupanya adalah Fitri.
Luka lama berdarah kembali dan bagi Yuda, Fitri adalah orang yang harus
bertanggungjawab di atas kegagalan hubungan mereka. Didorong dengan rasa
dendam lama kembali membara, Yuda merancang mahu membunuh
Fitri.
Pada 12 Februari 2019, Yuda membawa sebilah pisau dapur dan mengintai
rumah mangsa. Sebelum itu, Yuda membuat pesan tong gas dari bapa mangsa
yang kemudian keluar menghantar tong gas ke alamat yang
diberikan.
Di kesempatan itu, Yuda menceroboh masuk ke rumah dan mencari
Fitri.
"Dia pada awalnya tidak mengingati siapa saya. Saya cekik dia sampai
pengsan," kata Yuda ketika disoal siasat.
Setelah mangsa tidak sedarkan diri, suspek mengemas barang-barang milik
mangsa seperti laptop dan telefon bimbit dan ketika itulah mangsa secara
tiba-tiba bangun dan cuba melawan suspek.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
"Dia bangun, kemudian saya tikam dengan pisau yang saya bawa. Saya tak
ingat berapa kali saya menikam lehernya," jelas Yuda.
Selepas menikam dan memastikan mangsa sudah tidak bernyawa, Yuda kemudian
merosakkan CCTV sebelum beredar dari tempat kejadian.
Suspek mengaku telah membakar barang bukti seperti pakaian yang
dipakainya ketika membunuh mangsa. Sementara pisau yang digunakannya telah
dibuang.