[Video] "Kenapalah Tak Toleh Kiri Dulu" - Wanita Melambung Dirempvh Kereta Ketika Melintas Jalan
Golongan pejalan kaki selalu diberi peringatan untuk berhati-hati ketika
melintas jalan raya. Tetapi adakalanya peringatan itu masuk telinga kiri,
keluar telinga kanan.
Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan setelah
dirempvh kereta ketika mangsa cuba melintas jalan.
Video dashcam berdurasi 1 minit 21 saat dari pemandu yang menyaksikan
kejadian itu menunjukkan, mangsa terdahulu berteduh di bawah jambatan
berikutan hujan cuaca pada ketika itu hujan.
Sebelum melintas, mangsa dipercayai melihat lampu isyarat terlebih dahulu.
Setelah mendapati lampu isyarat masih merah, mangsa mula melintas dengan
berlari keanak-anakkan ke seberang jalan.
Malang tak berbau, mangsa yang tidak menoleh langsung ke kiri menyebabkan
dia dirempvh sebuah kereta Proton Wira yang tidak sempat mengelaknya.
Rempvhan yang tepat terkena pada kakinya membuatkan mangsa melambung
sebelum terjatuh dan terhemp4s di jalan raya.
Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera datang membantu,
manakala kereta yang merempvh mangsa berhenti di tepi jalan.
Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa. Tetapi apa yang berlaku wajarlah
dijadikan sebagai pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati apabila
melintas jalan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS