[Video ] Kerani Ceder4 Diser4ng Lelaki Yang Cuba Buka Zip Seluar
Tindakan pantas seorang kerani syarikat swasta merakam
perbuatan seorang lelaki yang mengganggunya menyebabkan lelaki itu mematahkan
hasrat untuk membvka seluar dalam kejadian di Parkir Kondominium You Vista,
Persiaran Suntex, Cheras, Kajang di sini kelmarin.
Bagaimanapun tindakan mangsa yang berusia 24 tahun merakam
aksi berkenaan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu menyerang mangsa dan
memec4hkan cermin kenderaannya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid
Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan polis
dari mangsa kira-kira pukul 2.41 petang pada hari yang sama mendakwa telah
diganggu suspek.
“Ketika kejadian mangsa sedang meletakkan kenderaan di
kawasan parkir di kondominium itu, secara tiba-tiba dia didatangi suspek yang
menunggang motorsikal jenis tidak pasti berhampiran tingkap keretanya.
“Suspek dikatakan seperti hendak bertanyakan sesuatu,
bagaimanapun percakapannya tidak jelas dan individu tersebut didakwa cuba untuk
membuk4 seluar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, sebaik menyedari mangsa sedang merakam
perbuatannya menggunakan telefon bimbit, suspek membatalkan hasratnya.
“Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lalu
mengambil satu objek dari dalam bakul motorsikalnya yang dipercayai batu dan
bertindak membaling ke arah cermin tingkap kereta mangsa menyebabkan ianya
pecah.
“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba merampas telefon bimbit
milik mangsa bagaimanapun tidak berjaya. Mangsa kemudiannya menjerit meminta
tolong menyebabkan suspek melarikan diri,” ujarnya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami
kecederaan ringgan pada bahagian tangan kanan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun
Keseksaan.
Sumber : Kosmo