[Video] "Ke Bazar Raya Macam Kena Sampuk..", Pengunjung Bersesak Tak Patuhi SOP, Ramai Naik Risau Wujud ‘Kluster Bazar Raya’
Sejak akhir-akhir ini, rekod jumlah jangkitan harian COVID-19 harian
kembali meningkat hampir 3 ribu. Perkara itu turut mencetuskan kebimbangan
memandangkan cuma tinggal lagi beberapa minggu untuk menyambut perayaan Hari
Raya Aidilfitri.
Di Twitter, sikap masyarakat yang tak mematuhi SOP telah menimbulkan rasa
kecewa dan juga marah di kalangan ramai. Menerusi rakaman dikongsi saudara
Hussamuddin, begitu jelas sekali suasana Jalan TAR sesak dengan pengunjung
yang mahu membeli persiapan raya mereka.
Walaupun majoriti masih memakai face mask, tetapi boleh dikatakan tiada
penjarakan fizikal seperti yang dianjurkan pihak KKM. Malah ada yang turut
sanggup berhimpit-himpit di celah khemah jualan tersebut. Susulan itu,
rata-rata netizen seperti risau sekiranya wujud jangkitan baru iaitu
‘Kluster Bazar Raya’.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini sudah ada penambahbaikan dibuat dalam
memastikan kelancaran di sana. Antaranya adalah dengan kawal laluan masuk ke
tempat itu, pengunjung perlu beratur untuk imbas suhu badan, scan QR code
serta mengambil pas terlebih dahulu.
Penat dah KKM dok nasihat jaga sop, jaga jarak, jangan pergi tempat sesak. Orang kita tetap degil. Nak jadi macam negara India ker? Nak ramai jangkit & ramai mati lagi ker? Tolong ingat sikit ya. Pandemik covid 19 ini bukan main-main. Berjuta-juta dah mati di seluruh dunia. pic.twitter.com/I8k1XnnM7j
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) April 25, 2021
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.