[Video] "Saya Tak Tahu Sapa Yang Post, HP Saya Tertinggal..", Lelaki Kecut Dicekup Pihak Berkuasa Kerana Perlekeh Kematian Kru Kapal Selam
Dengan penemuan kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam di dasar laut Bali,
kedukaan di hati ahli keluarga seakan-akan reda meskipun semua kru terlibat
disahkan terkorban. Tragedi kematian di bulan Ramadan itu bukan sahaja
menjadi hari menyedihkan buat Indonesia, malahan negara jiran termasuklah
Malaysia.
Terbaharu, kesemua jasad anak kapal akan dibawa pulang ke Surabaya sesuai
dengan permintaan pihak keluarga. Namun dalam kesedihan tersebut, siapa
sangka ada juga segelintir pihak yang tidak menjaga sensitiviti.
Seorang lelaki didapati menulis komen melampau di Facebook berbunyi “Di
saat kapal selam kamu tenggelam, di situ isteri kamu aku tiduri”. Namun
penafian dibuat kononnya telefon bimbitnya ditinggalkan di rumah ketika dia
bekerja di ladang. Maka, dia tidak tahu bila atau siapakah individu yang
memuat naik perkara terbabit. Sempat meminta maaf, dia menangis dan kecut
perut apabila menghadap pihak berkuasa.
Menangis minta maaf ditemui pihak berkuasa (video penuh slide ke kanan)
Tidak cukup dengan itu, seorang remaja turut membangkitkan kemarahan sama
apabila menjadikan tragedi kapal selam karam itu sebagai content TikTok.
Dengan lagu rancak serta seronok berjoget, dia menyelitkan kapsyen
penceritaan panjang yang seolah-olah meragui kredibiliti dan kemampuan semua
kru terlibat.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.