Lelaki Tumbuk AJK Masjid Sebab Tak Puas Hati 2 Kawannya Diremove Dari Group Whatsapp
Seorang ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban, cedera dibelasah lelaki yang tidak berpuas hati dua rakannya dikeluarkan dari group WhatsApp, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari Rabu, mangsa berusia 61 tahun
mengalami kecederaan di bahagian muka dan perut akibat diterajang suspek
berusia 40-an.
Ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum
didatangi suspek yang berada dalam keadaan marah.
Suspek yang tidak berpuas hati bertanya mengapa dua rakannya dikeluarkan
dari group WhatsApp.
Mangsa menjelaskan dia mengeluarkan nombor telefon dua rakannya itu
kerana mereka kerap berkongsi mengenai kontroversi politik yang tidak
berkesudahan.
Berang dengan jawapan mangsa, suspek terus menumbuk muka dan menendang
perutnya sebelum dileraikan beberapa jemaah yang menyaksikan kejadian
itu.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis
Mambau.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd
Rosli Ishak mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut telah diselesaikan
secara baik di antara kedua-dua pihak.
Polis juga tidak akan membuka kertas siasatan kerana mereka sudah
berdamai.
Sumber: Harian Metro