[Video] "Aku Betul-betul Dah Hilang Sabar!..", Remaja Dibelasah Kerana Dipercayai Cuba Merampas Awek Rakannya Sendiri
Viral lagi di media sosial video seorang lelaki dibelasah
sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengannya kerana mangsa didakwa
merampas kekasih rakannya sendiri.
Kejadian itu berlaku di Batu Gajah, Perak dan kesemua suspek
termasuk mangsa dipercayai berusia 15 tahun.
"Kes buli dan pukul budak beramai-ramai. Dengar cerita,
pasal perempuan je," kata sumber.
Jelas sumber lagi, mangsa berkemungkin tidak mengetahui
bawah perempuan yang dibawanya ke sana ke sini itu sudah berpunya.
Hal itu diketahui oleh suspek yang merupakan rakan kepada
kekasih perempuan berkenaan lalu bertindak mengepung dan memukul mangsa
beramai-ramai.
Berdasarkan video berdurasi 7 minit 39 saat itu, mangsa
dipukul di bahagian kepala, belakang badan, muka, kaki berkali-kali oleh
kumpulan berkenaan.
Suspek: "Aku hilang sabar dengan kamu ni!"
Perempuan: "Dia tak salah lah!"
Suspek: "Kamu diam! Jangan masuk campur!"
Suspek: "Dengan member sendiri kamu nak tikam belakang
eh? Bodoh betul! Lain kali jangan bawa awek orang. Tau sakit kan? Masalah betul
kamu ni. Kamu tak boleh lepak dengan kitorang, pantang ada awek, semua kau nak
bawa (jalan). Pan-tart mu."
Suspek kemudian meminta mangsa turun dari motosikalnya untuk
berbincang. Tetapi mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak mahu bergaduh
dengan mereka. Suspek terpaling garang dalam kumpulan itu bengang dan
menegaskan mangsa menimbulkan hal yang membabitkan orang lain.
Suspek: "Memanglah tak nak gaduh, tapi masalahnya kau
melibatkan orang lain!"
Suspek terpaling garang: "Tak, sekarang ni kau pergi
ambik parang dan kerat jari dia."
Dalam video juga menunjukkan ada beberapa suspek tidak
berpuasa dan selamba meneguk air botol biarpun tahu rakannya membuat rakaman
video.
Suspek: "Kamu tahu tak Ammar bersusah payah mencari top
up untuk kamu. Nak bagi kamu (duit) beli baju. Kamu tak hargai dia"
Suspek: "Nak aku kerat kepala kamu ke?? Lain kali
jangan tikam member sendiri. Kamu hisap, kami ajak kamu lepak, kami bagi muka lagi."
Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan remaja terbabit yang jelas sekali melakukan kekerasan terhadap mangsa, selain melanggar SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Sumber: Pemantau Malaysia Baru
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.