"Beli Lagi Kereta Mahal, Nak Kahwin Takde Duit",Penganalisis Buat Laporan Palsu Kereta Hilang Untuk Tuntut Wang Insurans
Belum kahwin dah menipu, itulah
perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki berusia 25 tahun yang sanggup
membuat laporan palsu kononnya kereta miliknya, Subaru Forester, hilang.
Ketua Polis Daerah Port Dickson,
Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu membuat laporan palsu
berhubung kehilangan keretanya agar dia dapat menuntut wang dari pihak insurans
dan kemudian wang itu digunakannya untuk berkahwin.
Berdasarkan laporan palsu itu,
lelaki berkenaan mendakwa keretanya hilang di tempat letak kereta di Lukut
Prima, Port Dickson pada jam 9.30 malam, 20 April 2021.
Dia terdahulu kononnya meletakkan
kereta di situ pada jam 8 malam untuk pergi makan bersama rakan. Namun sebaik
kembali ke tempat letak kereta pada jam 9 malam, dia mendapati keretanya sudah
tiada lalu pergi ke balai untuk membuat laporan.
Isnin, jam 1.30 petang, polis
melakukan siasatan dan mendapati keterangan lelaki itu mencurigakan. Setelah
puas didesak, akhirnya lelaki itu mengakui dia sengaja membuat laporan palsiu
untuk mendapatkan tuntutan insurans. Kereta Subaru Forester itu sebenarnya
disimpan di tempat lain.
Dia mengaku membuat laporan palsu
agar dapat memperolehi wang tuntutan insurans yang digunakan untuk mengadakan
majlis perkahwinan.
Suspek yang bekerja sebagai
penganalisis data itu kini masih ditahan di Lokap Polis Port Dickson sehingga
esok dan kereta miliknya yang disorok di belakang sebuah pasar raya di Lukut,
juga dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau
kedua-duanya sekali.
Sumber: Berita Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.