Dah Lampir Surat Doktor Tapi Gagal Rentas Negeri, Gadis Terkilan Pemergian Ayah
Semenjak tercetusnya beberapa isu
salah guna kebenaran merentas negeri, pihak polis telah pun mengetatkan syarat
dengan hanya meluluskan pelepasan bagi urusan kematian, kecemasan serta
pasangan PJJ. Pun begitu, masih ada yang sukar untuk mendapatkannya walaupun
keadaan sudah mendesak.
Semalam, saudari Aida Najwa baru
sahaja berkongsi ceritanya sendiri yang pernah cuba untuk memohon kebenaran
rentas negeri gara-gara si ayah yang bernama Nasir Nordin tidak sihat di
kampung. Waktu itu, lelaki tersebut meminta tolong untuk membawanya ke pusat
perubatan bagi mendapatkan rawatan dialisis.
Memandangkan saudara yang lain
kebetulan ada hal manakala adiknya pula tidak mempunyai lesen, jadi sudah tiada
cara lain. Akan tetapi, percubaan Aida untuk minta kebenaran di balai polis
gagal apabila pihak berkenaan mendakwa bukti itu tidak cukup kuat. Sedangkan
segala surat membuktikan si ayah tidak sihat serta kad Orang Kurang Upaya (OKU)
sudah dilampirkan.
Gara-gara kegagalan itu, ayah
kepada Aida sempat berkecil hati. Tetapi semalam, Aida mendapat perkhabaran
ayahnya telah pulang ke rahmatullah tanpa sempat dijenguk. Sehingga kini, gadis
berkenaan masih lagi terkilan dengan apa yang terjadi.
Sumber: Facebook Aida Najwa
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.