"Orang Sekarang Suka Menilai Apa Yang Mereka Nampak Saja..", Isteri Dedah Resit Makan Steak Mahal Sebab Adik Mengidam, Rumah & Kereta Masih Hutang
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah dugaan bulan Ramadan yang
menimpa pasangan Wan Mohd Faisal Wan Kadir dan Norlaili Shafii. Bukan
setakat dikompaun RM50,000, malah netizen ‘menyerang’ suami isteri ini
dengan pelbagai tuduhan dan fitnah tentang hidup mereka.
Malu ada, sebak pun ada…rumah & kereta dimiliki sebelum pandemik lagi
Menerusi portal Sinar Harian, Norlaili memberitahu bahawa kesemua harta
yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hasil titik peluh sebelum pandemik
lagi. Selain masih berhutang dengan ahli keluarga dan pihak bank, dia malah
pernah gadaikan barang kemas demi membina kediaman tersebut.
Masa tu adik mengidam & kami makan 10 orang kongsi bil
Mengulas tentang gambar viral yang memaparkan suaminya bersama resit lebih
RM900 di sebuah restoran mewah pula, ia dirakam pada Disember 2020. Jelas
wanita berusia 37 tahun ini, ketika itu mereka seisi keluarga kongsi bil
untuk makan di sana selepas adiknya mengidam. Justeru, dia berharap agar
seluruh rakyat Malaysia berhenti menyelongkar hidupnya dan suami kerana ia
berpotensi jadi fitnah.
Gerai tidak ada set karaoke…tak kenal pun orang yang cakap tu
Bukan itu sahaja, Norlaili turut menafikan dakwaan terhadap komen netizen
yang mengatakan gerainya mempunyai set karaoke. Dalam perkembangan lain,
ketiga-tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 Ahad lalu sudah membuat
rayuan kepada KKM dan pengurangan akan dipertimbangkan.
“Saya tidak mengenali dia, bukan orang kampung saya. Tidak pasti komen itu
ditujukan kepada peniaga mana, kerana gerai saya tiada karaoke.”
Sumber: Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak
admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini
mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan
tanggungjawab anda sendiri.