Selalu dihina tidak pandai memasak, menantu racun 5 ahli keluarganya sampai mati
Seorang wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli
keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.
Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh didakwa mencampurkan sejenis
racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada
tetamu.
Menurut pihak polis, tertuduh, Pradnya Survase, 23 tahun, sering dihina
oleh keluarganya kerana warna kulitnya dan tidak pandai memasak.
Sehubungan itu, polis juga berkata, Survase mempunyai niat untuk membunuh
suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya yang sering
melontarkan kata-kata hinaan hampir setiap hari.
“Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari
kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.
“Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai
saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami,” kata
jurucakap polis kepada Hindustan Times.
Dianggarkan 120 orang tetamu hadir ke majlis berkenaan yang bermula pada
pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, lapor media tempatan.
Bagaimanapun, tetamu lain yang menikmati makanan pada majlis itu mula
berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian dan sedang
dirawat di hospital.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Ujian forensik mendedahkan racun tersebut wujud di dalam kuah dal
berkenaan dan racun itu dijumpai berhampiran rumah mangsa.
Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di
bawah Kanun Keseksaan India. - Astro Awani