'Saya Tak Menyesal Makan Ikan Flower Horn Goreng Yang Berharga RM2,845'
Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam perkongsian itu dikongsikan di laman
Facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN), lelaki itu telah memadamkan post
tersebut tanpa diketahui sebabnya.
Setelah diselidik, rupa-rupanya lelaki itu hanya mereka cerita dan
gambar-gambar yang dimuat naik itu sebenarnya bukan miliknya.
Hasil pencarian di media sosial, gambar-gambar itu sebenarnya milik
seorang pemilik kedai Zaf Design (kedai pelekat kereta), Muhammad Firdaus
Othman, berusia 28 tahun.
12 Julai lalu, Firdaus memuat naik gambar dan video proses memasak ikan
flower horn itu di Facebooknya.
"Okaylah rasa dia, macam rasa ikan Talapia. Sebenarnya bonjol di kepala
ikan flower honr itu terkandung lemak ikan dengan daging sikit. Macam
agar-agar lembik tetapi kenyal," katanya.
Perkongsian Firdaus itu kemudian viral dan telah dikongsi 9,029 kali di
Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
14 Julai, Firdaus mengemaskini post tersebut dan berkongsikan apa yang
netizen perlu tahu mengenai ikan flower horn yang dimasaknya
itu.
"Yes, it's tasty, sweet and juicy. Served hot righ away from pan. Super
delicious fried fish.
"What do you mean cannot be eat? Fish is kind of food. That vivid and
beautiful look doesnt mean you can't touch it.
"Yes, it's expensive. That hump on her head is nothing but fat. We remove
them. Why I eat this fish? What? Why not?" katanya.
Difahamkan, Firdaus membeli ikan flower horn itu dengan harga RM2,845,
bukan untuk dibela dalam akuarium, tetapi untuk dimakan. Dia tidak
mempunyai masa untuk membela ikan berikutan sibuk dengan perniagaan di Zaf
Design.
"Saya beli untuk makan. Saya tak ada akuarium pun. Sebenarnya saya ini
berniaga, buka studio wrapping kereta. Jadi, saya tiada masa nak pelihara
ikan.
"Ikan itu sedap. Saya tak menyesal makan ikan flower horn goreng yang
berharga RM2,845," katanya.
Firdaus tidak menafikan post mengenai ikan flower horn itu sangat cepat
viral di Facebook, sehingga ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Tidak
kurang juga, ramai penggemar ikan jenis itu yang 'terasa hati' dengan
tindakannya itu.
"Ramai yang butthurt tengok ikan kesayangan kena makan. Sampai ada yang
menghubungi saya di Facebook, marah-marah saya," katanya.