"Habis Tu Kau Nak Buat Apa Ambil Banyak2..", Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Curi 15 Pakaian Dalam Wanita
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang ditahna kerana mencuri 15 helai
pakaian dalam milik dua wanita 24 Julai lalu mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro.
Shum Kok Fai, 28, didakwa di atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 379
Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Bagi pertuduhan pertama, Kok Fai didakwa mencuri 14 helai pakaian dalam
wanita milik mangsa berusia 19 tahun di belakang rumah sewa di Taman Desa
Putra, Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu, pada 12 tengah
hari.
Kok Fai turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan mencuri sehelai
pakaian dalam wanita milik seorang lagi mangsa berusia 18 tahun di alamat,
waktu dan tarikh yang sama.
Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Majistret Abdul
Hayyi Salim menetapkan 3 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula
kes.
Terdahulu, Kok Fai ditahan sepasukan polis di kawasan perumahan tersebut
pada jam 12.30 tengah hari 24 Julai. Pemeriksaan pada beg yang dibawa oleh
Kok Fai menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam
wanita.
Hasil soal siasat, Kok Fai yang bekerja sebagai buruh mengaku mencuri
pakaian dalam milik dua penduduk wanita di kawasan perumahan
itu.
"Malah hasil siasatan di tempat kejadian, seorang wanita yang tinggal di
kawasan berkenaan turut mengakui pakaian dalam itu miliknya dan seorang
rakan.
"Wanita terbabit memaklumkan pakaian milik mereka yang dijemur di
belakang rumah hilang pada hari kejadian.
"Siasatan lanjut mendapati, suspek pernah ditangkap dan didakwa kerana
kes pecah rumah. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati suspek
negatif dadah," kata sumber.