‘Saya Bayar Hantaran Mahal, Tetapi Mereka Tengok Free Saja’
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa isterinya dipaksa bertelanjang
ketika bersalin di sebuah hospital yang tidak didedahkan di
Sarawak.
Gambar yang dimuat naik oleh Bintu Martin itu menimbulkan pelbagai persoalan, apakah benar dakwaan lelaki
tidak didedahkan nama itu.
Menurut lelaki berkenaan, dia pernah mendengar cerita makcik-makcik yang
bersalin zaman 80an dan 90an, namun tidak menyangka bersalin dalam keadaan
bertelanjang itu masih berlaku di Sarawak. Difahamkan, isterinya bekerja
sebagai guru dan telah dua kali bersalin di Sarawak.
“Tak ada pilihan di sana, takkan tak nak beranak? Isteri saya minta kain
untuk menutup payudaranya tetapi dimarahi oleh jururawat dengan alasan
bukan isteri saya seorang saja yang tidak berpakaian. Suami pula tidak
dibenarkan masuk ke dalam, hanya perlu menunggu di luar sahaja. Tetapi
doktor lelaki dan doktor pelatih lelaki bebas keluar masuk.
“Ketika dalam Labour Room, ada 8-9 ibu-ibu yang menunggu masa untuk
bersalin termasuklah isteri saya. Mereka semua tidak berpakaian dan
diarahkan kangkang oleh jururawat. Payudara tidak boleh ditutup langsung.
Saya bayar hantaran mahal, tetapi doktor tengok secara free saja. Hanya
ada seorang doktor perempuan sahaja pada ketika itu.
“Bila isteri saya bersalin kali kedua lagi teruk, jururawat pelatih
lelaki pun ada. Anak pertama dilahirkan 2010, anak kedua 2013. Selepas
keluar dari Labour Room, baru dapat kain untuk menutup badan,”
katanya.
Menurut lelaki itu, dia mendapat tahu perkara itu yang dimaklumkan oleh
ibu mertuanya yang masuk ke dalam Labour Room seketika bila isterinya
melahirkan anak pertama.
Selain itu, dia pernah cuba meminta kebenaran jururawat untuk masuk
menemani isterinya bersalin namun dihalang.
“Tak boleh sebab dalam itu semua perempuan tidak berpakaian,” kata
jururawat terbabit.
Dedah lelaki itu lagi, bila isterinya bersalin anak yang kedua, jururawat
pelatih lelaki turut ada dalam Labour Room.
“Isteri saya malu dan terpaksa buat tayangan percuma. Saya rasa malu,
geram dan dayus berbanding kali pertama sebab 3-4 jururawat lelaki yang
keluar dari Labour Room itu ketawa kecil sesama mereka dan terdengar
percakapan mereka,
“Susu (payudara) Puan Syam itu besar betul,”
“Saya tahu mereka maksudkan isteri saya kerana payudaranya memang besar.
Bayangkan betapa malunya isteri saya dua kali bersalin tanpa berpakaian,
diseluk dan dilihat oleh doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih
lelaki.
“Seperkara lagi, semasa isteri bersalin anak kedua, dia terpaksa berjalan
ke tandas dalam Labour Room untuk buang air kecil. Masa jalan balik itulah
jururawat pelatih lelaki masuk. Punggung dia pun terdedah habis, tangan
satu memegang drip, satu lagi jururawat perempuan pegangkan. Bayangkan
isteri saya kata yang jururawat lelak itu terkejut melihat dia berjalan
tanpa seurat benang. Isteri saya bertudung bagai, dapat pada mereka habis
free show!” luahnya kesal.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempunyai pengalaman bersalin
di Sarawak menafikan perkara itu berlaku.
“Saya bersalin di Hospital Umum Sarawak, siap dalam bilik berasingan atau
bilik khas, pakaian khas untuk bersalin seperti hospital yang lain. Doktor
perempuan dan suami dibenarkan masuk tanpa perlu diminta. Doktor yang
panggil sendiri,” kata Hizh Qatrunnada.
“Tak tahulah, mak saya melahirkan saya pada tahun 1986 di hospital di
Kuching tetapi tak ada pula menghadapi insiden seperti itu. Cuma mak cakap
ayah tak dibenarkan masuk. Tak ada bogel-bogel,” kata Kate Catherine.
“Saya tawaquf dengan cerita ini sebab isteri saya beranak empat kali dah
di Hospital Umum Kuching. Tetapi okay saja, malah banyak perkara yang
boleh dipuji dari segi layanan dan cara doktor serta jururawat di Sarawak
melayani pesakit. Malah masa melahirkan anak kedua, saya ada bersama
isteri untuk beri semangat,” kata Gnostic Son.
Sementara itu, kami menegaskan dia enggan mendedahkan nama hospital
tersebut kerana tindakan itu akan mengaibkan hospital berkenaan.
Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan lelaki ini kerana dakwaan itu
seperti ini boleh mencemarkan nama baik pihak hospital di negeri Sarawak.
– PIXEL MEDIA