Enggan beri password handphone, isteri siram minyak tanah dan bakar suami sehingga mati
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Jumaat lalu di Lombok
Timur, Indonesia, mangsa berusia 26 tahun, dikejarkan ke hospital setelah
mengalami luka terbakar yang sangat serius di badannya.
Ketua Polis Jerowaru, Abdurasyid berkata, pihaknya menerima laporan
mengenai wanita berusia 25 tahun membakar suaminya kerana tidak diberikan
password telefon bimbit.
Menurutnya, mangsa dirawat di hospital berikutan kecederaan yang dialami,
manakala suspek terus ditahan dan dibawa ke balai.
Sebelum kejadian itu, mangsa terdahulu membaiki bumbung kediaman mereka.
Tidak lama kemudian, suspek datang meminta password telefon bimbit
suaminya tetapi tidak diberikan. Sebaliknya lelaki itu memarahi dan
memukul isterinya.
Berang dengan tindakan suaminya, si isteri terus mengambil minyak tanah
dan disiram pada suaminya sebelum dibakar.
Kejadian itu disaksi oleh orang beberapa penduduk di sekitar yang
kemudian membantu menghantar mangsa ke hospital.
Related:
Malangnya selepas beberapa hari menjalani rawatan, mangsa disahkan
meninggal dunia dan isterinya kini didakwa sebagai pembunuh.
Walaupun begitu, pihak berkuasa membenarkan suspek melihat jenazah
suaminya buat kali terakhir, selain mengikuti proses pengebumian jenazah
mangsa dalam keadaan dikawal oleh pihak polis.