GLOBAL (Video) Mati dipijak selepas cuba memukau gajah jantan liar
Rakaman video menunjukkan, mangsa berjalan ke arah gajah jantan liar yang
sedang bersantai di tanah lapang sebelum mangsa cuba menarik perhatian
haiwan itu yang membuatkannya bengang dan rasa terancam.
Mangsa cuba memukau gajah itu yang sedang berlari ke arahnya tetapi
haiwan itu tidak berhenti. Mangsa pula masih enggan mengalah dan terus
mencuba menyebabkan dia dirempuh gajah itu sehingga terjatuh.
Mangsa kemudian dipijak-pijak dan maut serta-merta di tempat kejadian
yang berlaku di Taman Negara Yala, selatan Sri Lanka.
Jabatan Perhutanan tempatan mengambil maklum mengenai kejadian itu dan
berkata, mereka akan membantu keluarga mangsa. - Daily Mail