(Video) Suami isteri bertengkar, buang bayi berusia 2 minggu di pasar
Bayi berusia dua minggu diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya di depan
kedai di Thailand selepas ibu bapanya bergaduh, lapor Daily
Mail.
Menurut penduduk di Thawi Watthana, Bangkok, melaporkan terdengar suara
tangisan bayi pada jam 11 malam Khamis lalu.
Bayi lelaki itu kemudian ditemui dibalut dengan selimut Mickey Mouse di
atas meja yang digunakan oleh peniaga untuk menjual air
kelapa.
Bayi itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk diberi rawatan dan
disahkan berada dalam keadaan sihat.
Pekerja penyelamat, Rakkanna Nakanrak dari Por Teck Thung Foundation,
yang menemui bayi itu berkata usianya mungkin dalam lingkungan 10 atau 20
hari.
"Bayi itu ditemui dalam keadaan diselimut dan dipakaikan pampers selain
ditemui bersama beg yang berisi botol, selimut dan losyen.
"Saya tak pasti berapa lama bayi itu berada di situ. Ada yang
meninggalkannya di situ dengan pelbagai barangan bayi berharap supaya ada
yang sudi mengambil dan menjaga bayi itu," katanya.
Bayi itu kini dibawah penjagaan pihak hospital untuk sementara waktu.
Sekiranya tiada sesiapa yang datang menuntutnya, dia akan ditempatkan di
rumah anak yatim.
Jurucakap polis dari Phra Kanong berkata, "Mungkin bayi itu ditinggalkan
di atas meja kerana ibu bapanya bertengkar. Saksi kata mereka ternampak
lelaki dan perempuan bertengkar sebelum ini.
"Kami sedang memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk
mengesan suspek. Mereka akan didakwa kerana membuang bayi," katanya.