(Video) 'Babi betul laa..' - Lelaki cedera, terima 13 jahitan akibat diserang babi hutan
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi 26 Oktober lalu, mangsa berusia 48
tahun itu sedang berjalan ke Stesen Imajuku di Pulau Kyushu, diserang babi
hutan dan sempat dirakam netizen.
Lapor Soranews24, babi hutan terbabit dipercayai sesak dan secara tidak
sengaja memasuki kawasan berkenaan.
Berdasarkan video, haiwan itu pada mulanya berlari ke landasan kereta
api. Namun menyedari jalan yang dilalui itu adalah jalan mati, dia pun
berpatah balik.
Berasa terancam dengan kehadiran mangsa, haiwan itu terus menyondolnya
sehingga terjatuh sebelum menyerang mangsa menggunakan gigi taringnya.
Selain itu, mangsa juga digigit oleh babi terbabit.
Mujur ada dua pemandu berhampiran ternampak kejadian itu terus
membunyikan hon bagi menakutkan babi itu.
Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikut paha kaki
kirinya mengalami luka 2.8 inci dan terpaksa menerima 13
jahitan.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Difahamkan, babi hutan itu telah ditemui satu kilometer radius dari
stesen berkenaan dan ditembak mati oleh pemburu tempatan.
Sumber: Next Shark, Soranews24