Kanak-kanak diletakkan di atas najis lembu agar memperoleh kesihatan dan nasib baik
Menurut laporan Daily Mail, kanak-kanak diletakkan di atas najis lembu
yang dihiasi dengan bunga oleh ibu bapa mereka, selain kulit digosok
dengan najis itu adalah bertujuan untuk mendapatkan nasib yang
baik.
Difahamkan, mereka berharap anak-anak diberi kesihatan yang baik dan
dilindungi dari sebarang penyakit daripada ritual tersebut.
Berdasarkan video, pelbagai ada beberapa kanak-kanak pelbagai peringkat
umur mengambil bahagian dalam upacara itu termasuk seorang
bayi.
Selain najis itu dihiasi dengan bunga, mereka turut menghiasinya dengan
bulu burung merak.
Selepas itu, orang dewasa mula menari mengikut muzik emnggunakan drum dan
tongkat untuk meneruskan ritual tersebut pada 8 November lalu.
Perayaan itu bagi memperingati Lord Khirshna yang menewaskan Lord Indra,
yang membawa hujan lebat sehingga memusnahkan ladang.