Tembak nenek kerana bengang diminta kemas bilik
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Arizona dilaporkan menembak
neneknya di bahagian belakang kepala kerana bengang diminta mangsa untuk
mengemas bilik.
Dalam kejadian Sabtu lalu di rumah keluarga itu di Litchfield Park, utara
barat Phoenix, mangsa, Yvonne Woodard, 65, ditembak ketika dia sedang
menonton televisyen bersama suaminya.
Difahamkan, pasangan itu mendapat hak penjagaan penuh terhadap
kanak-kanak terbabit dalam keterangan kepada polis menjelaskan bahawa
mangsa telah meminta dia mengemas biliknya tetapi suspek enggan berbuat
demikian.
Sebelum itu, pasangan berkenaan duduk di sofa sambil menonton televisyen
apabila secara tiba-tiba kanak-kanak itu datang menghampiri dari belakang
lalu menembak neneknya.
Suami mangsa segera mengejar cucunya itu tetapi gagal, lalu kembali
membantu isterinya yang cedera.
Polis berkata, pistol yang digunakan suspek adalah milik suami
mangsa.
Sumber: Asia One