Bayi mati kelaparan, ibunya yang sibuk berjoli sakan dengan teman lelaki
Sikap tidak bertanggungjawab seorang wanita yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan bayi lelakinya meninggal dunia kerana diabaikan, lapor ET
Today.
Dalam kejadian di Taipei, Taiwan, bayi berusia dua tahun ditemui mati
dalam tandas di rumah yang disewa oleh ibunya bersama dengan teman
lelakinya.
Pada mulanya, Lin, 20, tinggal bersama dengan bekas teman lelakinya yang
merupakan bapa kepada bayi berkenaan.
Bagaimanapun mereka berpisah dan Lin mendapat pekerjaan baru di sebuah
hotel kelab malam, lalu pindah ke rumah sewa berhampiran dengan tempat
kerja.
Tidak lama kemudian, Lin menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki
bernama Xiao yang dikenali dari media sosial. Xiao tidak bekerja dan kerap
tinggal di rumah Lin.
Difahamkan, Lin meraih pendapatan sebanyak RM5,430 sebulan dan banyak
menghabiskan wang itu untuk berjoli dengan teman lelakinya.
Pada malam Jumaat 9 November, polis menerima panggilan dari kediaman Lin
dan bergegas ke rumah tersebut menemui mangsa yang sudah meninggal dunia
di dalam tandas.
Siasatan mendapati, mangsa telah meninggal dunia selama dua hari dan
diliputi dengan najis. Polis juga mendapati Lin telah keluar bekerja dan
berpesta dengan rakan-rakannya untuk beberapa hari serta mengurung anaknya
dalam tandas tiga hari lalu kerana mangsa menangis tanpa henti sebelum dia
keluar.
Tiada tanda yang menunjukkan mangsa trauma tetapi polis percaya mangsa
mati kelaparan kerana beratnya pada waktu itu hanya enam kilogram sahaja,
berbanding di usianya sepatutnya mencapai berat kira-kira 14
kilogram.
Polis berkata, mangsa sangat kurus sehingga boleh nampak tulangnya,
seperti sudah lama tidak diberi makanan yang sempurna hampir setengah
tahun.
Difahamkan, mangsa juga mempunyai seorang kakak sebelum ini tetapi telah
meninggal dunia setengah tahun yang lalu yang juga didakwa berpunca dari
kelaparan.
Perkara itu berlaku kerana Lin tidak membeli susu formula untuk anaknya
tetapi hanya menyuap mangsa dengan sisa makanan yang dimakan oleh dia dan
teman lelakinya.
Ketika ditanya, Xiao berkata dia tidak tahu menahu tentang anak teman
wanitanya itu dan kata itu bukan anaknya serta menegaskan kejadian itu
tiada kena mengena dengan dia.
Pasangan itu langsung tidak melaporkan kematian mangsa, sebaliknya pergi
berjalan dengan rakan-rakan mereka di taman berhampiran selama dua
jam.
Polis turut mendapati, keluarga Lin yang tinggal di Chiayi tidak mahu
membantunya membesarkan mangsa. Kes masih dalam siasatan.
Sumber: World of Buzz, ET Today