"Saya Ditet4k Isteri Lepas Sampaikan Hasrat Nak Kahwin 1 Lagi..", Suami Ditetak Isteri Selepas Suarakan Hasrat Nak Kahwin Satu Lagi
KELANTAN - Seorang lelaki cedera ditetak isterinya dengan pisau pemotong
sayur yang berang selepas mengetahui lelaki itu berhasrat untuk kahwin
satu lagi, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Khamis lalu, mangsa berusia 55 tahun
ditetak dengan pisau pemotong sayur menyebabkan dia menerima 15 jahitan di
kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain
Ismail Al Haj berkata, mangsa cedera di kepala, dahi kanan dan lengan
kanan.
"Ketika kejadian, mangsa sedang baring sebelum isterinya yang berusia 56
tahun bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak
suaminya.
"Terkejut dengan tindakan isterinya, mangsa terus melarikan diri dengan
keluar rumah," katanya memetik laporan portal Harian Metro.
Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan dan
menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.
Bagaimanapun, tiada sebarang laporan polis yang dibuat dan kedua-dua
mereka kembali berdamai.
Gambar kejadian itu viral di laman Facebook hari ini mencetuskan pelbagai
reaksi netizen.