[Video] "Tinggi Sangat Viva Tu Melambung..", Viva Melambung Gara-gara Cuba Elak Motorsikal Buat U-Turn Tiba-Tiba
Viral di media sosial video
kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang hilang kawalan selepas
cuba mengelak motosikal yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.
Menurut sumber, kejadian itu
berlaku pada 11 Mei 2021, lebih kurang jam 6 petang di Bukit Kerdas, Negeri
Sembilan, sempat dirakam dashcam pengguna jalan raya lain di laluan
bertentangan.
Berdasarkan video berdurasi 20
saat itu, kelihatan sebuah motosikal berada di tepi jalan sebelum membuat
pusingan U secara tiba-tiba tanpa menoleh keadaan jalan di belakangnya terlebih
dahulu.
Tindakan penunggang motosikal itu
menyebabkan kereta Viva cuba mengelaknya dengan membelok ke sebelah kiri dan
malangnya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum menghentam
pokok di bahu jalan lalu melambung tinggi ke udara.
Pada saat kereta itu menghentam
pokok, bahagian enjin Viva meletup sehingga mengeluarkan api dan serpihan
keretanya terkena pada kereta saksi.
Berdasarkan perkongsian netizen,
seorang lelaki warga emas yang juga Imam surau di sebuah kampung di Batu Kikir,
maut dalam kemalangan itu.
Tidak diketahui sama ada mangsa
memandu bersendirian atau bersama penumpang lain. Di media sosial, netizen
mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Orang ramai dinasihatkan
berhati-hati ketika memandu/menunggang di jalan raya dan patuhi peraturan jalan
raya agar tidak menjadi punca kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan
nyawa orang tersayang.
Sumber: Facebook Tragedi Apa Hari
Ini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.