[Video] Buat Live TikTok Depan Rumah, Berterabur Lari Polis Tiba-Tiba Lintas
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Dengan pelaksanaan PKP yang diumumkan secara mengejut
berbaki sehari sebelum Aidilfitri tempoh hari, rakyat terpaksa akur dengan
undang-undang ini termasuklah larangan aktiviti menziarahi mana-mana rumah
sekalipun. Memasuki tahun kedua beraya dengan norma baru, pastinya seharian
kita semua menjadi kebosanan terperuk di bilik sendiri, berulang alik ke dapur
atau melepak di ruang tamu sahaja. Pun begitu, lain kisahnya dengan 2 orang
pemuda di bawah.
Dalam rakaman yang dikongsikan semula di TikTok beberapa jam
lalu, ketika itu mereka berada di hadapan rumah dan sedang membuat video live.
Baru sahaja hendak berinteraksi dengan viewer, kilauan biru lampu kereta milik
polis yang membuat rondaan di kediaman tersebut membuatkan adrenalin kedua-dua
pemuda ini menjadi laju.
Masih jauh lagi, namun mereka dalam keadaan takut telah lari
lintang-pukang untuk bersembunyi di dalam rumah. Lebih melucukan apabila
telefon bimbit yang sedang merakam itu ditinggalkan sahaja sehinggakan kelibat
polis peronda juga sempat memasuki live tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, netizen menjadi sangat terhibur
malahan berseloroh bahawa pihak polis tersebut sudah persis pengetua yang
membuat rondaan di sekolah. Ada juga yang berpendapat mereka berdua tidak seharusnya
kelam-kabut.
Sumber : TikTok ieywan77