"Saya Simpati Dengan Israel, Mereka Berhak Mempertahankan Diri Sebab Banyak S3r4ngan R0ket Masuk Ke Negaranya.." - Presiden Amerika Syarikat

Ketika pertempvran di antara Hamas dan Israel terus meningkat, para pemimpin politik Amerika Syarikat tampil mengutuk ser4ngan dari kedua-dua belah pihak.

Presiden Joe Biden berkata kepada media pada Rabu lalu, "Harapan saya adalah bahawa apa yang sedang berlaku boleh ditamatkan secepat mungkin, tetapi Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya apabila dia mempunyai ribuan r0ket yang memasuki ruang udara kawasannya".

White House juga mengeluarkan transkrip perbualan Biden dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di mana Biden mengutuk ser4ngan r0ket yang dilancarkan Hamas dan kumpulan pengganas lain.

Selain itu, Biden juga menyatakan sokongan teguh untuk keamanan Israel dan Israel katanya mempunyai hak yang sah untuk mempertahankan diri dan rakyatnya sambil melindungi orang awam.

Bagaimanapun, beberapa suara dalam parti Demokrat mengkritik Biden kerana gagal menyebut puluhan rakyat Palestin yang terkorban dalam ser4ngan udara Israel.

Lapor Market Watch, ramai pemimpin Republikan telah menyatakan sokongan terhadap Israel. Antaranya, Kevin McCarthy yang menulis di tweet berkata, "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dari keg4nasan, rentetan r0ket dari Hamas. Amerika Syarikat tegas berdiri dengan sekutu kami, Israel dan orang-orang Yahudi".

Bekas Presiden Donald Trump juga mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu, "Amerika harus selalu berdiri bersama Israel dan rakyat Palestin harus mengakhiri keg4nasan dan ser4ngan r0ket. Amerika Syarikat akan selalu menyokong Israel untuk mempertahankan haknya".

Senator Lindsey Graham menulis, "Dalam pertarungan ini jelas, Israel adalah orang yang baik dan Hamas adalah yang buruk".

Sumber: Market Watch

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close