[Video] Tak Puas Hati, Anak Saman Mak Gara2 Jual Tanah Pusaka RM70,000 Untuk Daftar Haji
Pengagihan harta pusaka kepada waris individu yang meninggal dunia bukanlah suatu yang mudah namun ia harus dikendalikan dengan adil dan saksama.
Namun, ia boleh menimbulkan konflik besar dalam kalangan saudara-mara sehingga boleh menyebabkan hubungan silaturrahim menjadi renggang bertahun lamanya.
Mungkin ia jarang berlaku tetapi itulah kisah yang terjadi di Indonesia apabila seorang anak lelaki tergamak menyaman ibunya sendiri kerana tidak puas hati dengan hal penjualan tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM70,000).
Memetik laporan Tribunnews, lelaki bernama Yusriadi memfailkan saman terhadap ibunya, Senah, 70 berkaitan tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya.
Bagaimanapun, Senah menegaskan bahawa tanah yang dijual itu sememangnya bukan milik anak-anaknya tetapi untuk kegunaan pendaftaran haji.
Tambahnya lagi, anak-anaknya sudah menerima bahagian masing-masing setelah 1 lagi tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya dijual dan hasilnya dibahagikan sesama mereka.
Apa yang lebih menyedihkan adalah anaknya bersikap dingin terhadapnya dan langsung tidak menziarahinya ketika hari raya walaupun rumah mereka berdekatan.
Meskipun begitu, Yusriadi masih berkeras hati ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap ibunya dan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Katanya, dia hanya meminta hak sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah bernilai RM 70,000 itu dan kecewa kerana dia tidak pernah diajak berbincang mengenai penjualan tanah sedangkan dirinya merupakan anak lelaki sulung.
Sumber : Tribunnews, Utusan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.