'Saya tak tahan tengok dia tukar baju' - Alasan suspek rogol rakan sekerja
Sumber polis berkata, suspek telah ditahan tidak beberapa lama selepas
kejadian itu berlaku.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui melakukan perbuatan itu atas alasan
tidak dapat menahan nafsunya sebaik saja mengetahui mangsa sedang menukar
pakaian.
Selain berjaya menahan suspek, polis turut merampas beberapa barang bukti
seperti baju dan pakaian dalam mangsa.
"Suspek melakukan perbuatan itu kerana tergoda melihat mangsa yang sedang
menukar pakaian yang membuatkan dia tidak dapat menahan nafsu dirinya,"
kata polis.
Setelah puas melampias perbuatan jijiknya itu, suspek terus melarikan
diri. Mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada
keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit
kesalahan.
Sumber: Kompas