Warga emas rogol anak tiri lebih 50 kali sehingga hamil
Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifudin berkata, suspek merogol
mangsa lebih 50 kali sejak dua tahun lalu sehingga hamil.
Perbuatan suspek terbongkar selepas isterinya menyedari perubahan perut
anaknya, lalu dibawa menjalani pemeriksaan dan mangsa disahkan hamil lima
bulan sebelum membuat laporan polis.
Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dijadikan sebagai tempat
melampias nafsu suspek sejak tamat persekolahan pada 2017.
Difahamkan, insiden itu kerap berlaku selepas suspek melakukan
persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung dengan anak
tirinya.
Suspek mengakui perbuatannya itu dan menjelaskan bahawa nafsunya semakin
kuat selepas mengamalkan jamu dan ubat kuat. Suspek juga mengaku tertarik
dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia merogol mangsa lebih
kurang dua kali seminggu.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17
Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Harian Metro