[Video] "Nnt Cakap Bodoh Mengelupur Sentap..", Melampau Asyik Ingkar SOP, Diva AA Nasihatkan Neelofa

Sebelum ini, selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor pernah dipanggil atas dakwaan tidak mematuhi SOP sewaktu majlis pernikahannya sekali gus dikenakan kompaun sehingga RM60,000 termasuklah ahli keluarganya. Kalau diikutkan, sebenarnya sudah tiga kali selebriti berkenaan perlu memberi keterangan kepada pihak berkuasa termasuklah isu beraya bersama baru-baru ini.

Terbaru, pengacara tersebut dan juga suami iaitu PU Riz dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Seremban hari ini atas dua pertuduhan gagal mematuhi SOP. Mereka berdua didapati tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera selain turut gagal memakai pelitup muka sewaktu berkunjung ke premis penjualan karpet bertempat di Nilai 3, Seremban.

Kekecewaan terhadap isu Neelofa juga membuatkan Azwan Ali (Diva AA) berkongsikan kelantangannya. Menerusi portal mStar, pengacara tersebut menggesa pihak polis untuk mengenakan tindakan yang cukup tegas kepada artis wanita berkenaan. Baginya, kejadian berulang kali mengingkari SOP tersebut menimbulkan rasa kurang senang serta dilihat tidak adil bagi semua orang.

Susulan itu, Diva AA menyelar perbuatan Neelofa yang disifatkannya terlalu bangga dengan kesalahan sendiri tidak patuh SOP. Jelasnya lagi, artis berusia 55 tahun itu juga meminta isteri kepada PU Riz berkenaan untuk muhasabah diri kerana isu COVID-19 bukan boleh dibuat main.

Sumber: Facebook Berita Harian, Facebook mStar & Youtube mStar 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close