[Video] "Ini Amanah Saya, Saya Kena Selamatkan Dulu..", Jatuh Parit Ketika Bertugas, Abang J&T Rela Selamatkan Barang Pelanggan Dulu
Tak dinafikan lagi, bekerja sebagai penghantar barang atau ‘delivery guy’ merupakan satu pekerjaan yang sangat mencabar.
Bukan sahaja terpaksa menghadapi masalah cuaca, malah ramai
yang dilaporkan terkorban di atas jalan raya ketika bertugas menghantar barang
ke rumah pelanggan.
Baru-baru ini, video seorang penghantar barang J&T
menjadi tular di Twitter kerana memperlihatkan kegigihan pemuda itu sanggup
mengutamakan barang pelanggan sewaktu ditimpa kemalangan.
Titi roboh, motosikal jatuh parit
Menerusi video berkenaan, pemuda itu terlibat dalam satu
kemalangan apabila motor yang dinaikinya jatuh ke dalam parit di hadapan sebuah
rumah.
Kejadian itu menyebabkan motosikalnya terperangkan dalam parit
namun apa yang membuatkan netizen terharu adalah dia memilih untuk
menyelamatkan beg berisi barang pelanggan terlebih dahulu.
Di samping berasa terharu, rata-rata netizen mendoakan dan memberi kata-kata semangat terhadap pemuda terbabit.
Setiap musibah itu akan digantikan dengan rezeki Insyaa
Allah. Terima kasih kerana amanah mengendalikan barang pelanggan. Semoga
dipermudahkan urusan selalu!
Sumber: TikTok @afiqyaww
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.