[Video] "Saya Tak Mau Vivo, Saya Mai IPhone..", Bertengkar Di Kedai Telefon, Teman Wanita Mahu iPhone Tapi Kekasih Belikan Vivo
Tular sebuah video di media sosial memperlihatkan pasangan
remaja dipercayai kekasih bertengkar di sebuah kedai menjual telefon bimbit di
Indonesia, gara-gara berselisih faham mengenai pilihan jenama iPhone pada Ahad
lalu.
Menurut laporan Suara.com, difahamkan remaja perempuan itu
mahu memiliki iPhone tetapi lelaki tersebut hanya mahu membelikan telefon
bimbit Vivo sebagai hadiah.
Menerusi video dikongsi akaun TikTok @tio_saputra1812 itu,
remaja perempuan tersebut dilihat beberapa kali memukul tangan kekasihnya dan
‘merengek’ seolah-olah kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan telefon bimbit
yang diidamkan.
“Sayang nyebelin aku maunya iPhone bukan Vivo,” tulis
kapsyen video berkenaan.
Malah, seorang pemuda yang duduk di belakang mereka juga
kelihatan tersenyum sinis apabila melihat tingkah laku pasangan tersebut yang
berlaku di khalayak ramai.
Tidak lama kemudian, remaja perempuan itu mengajak
kekasihnya meninggalkan kedai telefon bimbit berkenaan selepas tidak menemui
jalan penyelesaian.
Posting video itu meraih 374,000 tanda suka selain puluhan
ribu komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap insiden berkenaan,
namun dipercayai telah dipadam.
Rata-rata menyifatkan remaja perempuan tersebut tidak tahu
bersyukur walaupun memiliki kekasih yang mahu menghargainya selain berasa
simpati dengan lelaki itu yang pasti berasa malu selepas berlaku kejadian
tersebut.
Sumber: Suara.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.