[Video] "Ramai2 Kat Program Hiburan Tu Covid Tak Berjangkit Ke?", Program Hiburan Himpun 50 Juri, Netizen Banding Dengan Jumlah Kapasiti Masjid
Disebabkan kes positif pandemik yang kian meningkat di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah kembali dikuatkuasakan semula.
Pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipatuhi bagi
mengelakkan sebarang penularan yang lebih teruk berlaku sehingga jumlah jemaah
di masjid dan surau terpaksa dikurangkan.
Ramai bandingkan dengan kapasiti masjid
Oleh itu, ramai yang tidak berpuas hati susulan muncul satu
program televisyen dengan menghimpunkan 50 orang juri serta pengacara dan para
peserta di dalam satu acara untuk menjayakan program hiburan.
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter, mereka
mempertikaikan mengapa program dengan kehadiran ramai orang boleh diluluskan.
Mereka juga dilihat tidak memakai pelitup muka atau faceshield.
Dah rekod lebih awal la
Namun begitu, ada pihak yang tampil memberi penjelasan bahawa program All Together Now Malaysia itu telah dirakam pada bulan Mac dan April iaitu semasa negara sudah meletakkan sesetengah kawasan di status bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Rekod awal pun takkan tak pakai facemask langsung
Namun begitu, rata-rata netizen masih meninggalkan komen diruangan Twitter milik
@FaktaBukanAuta dengan mengecam perkara tersebut kerana merasakan program
hiburan itu tidak mematuhi arahan supaya tidak berkumpul disatu-satu tempat
secara beramai-ramai.
Mereka juga berpendapat bahawa seharusnya pihak media dan
public figure perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat ketika
pandemik masih menular dalam negara.
Ada Penghadang Diantara Mereka
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian daripada seorang
pengguna TikTok, pihak produksi rancangan hiburan itu telah meletakkan
penghadang cermin di setiap kedudukan juri dan mereka tidak berada berdekatan
sesama sendiri.
Namun, seperti biasa masih ada lagi yang mempertikaikan hal
berkenaan kerana merasakan program itu tidak wajar dilakukan kerana memberi
gambaran tidak baik berkenaan SOP antara mereka.
Program All Together Now Malaysia yang bersiaran secara
rakaman di stesen berbayar telah menghimpunkan 50 orang juri dalam satu masa
dengan Sherry Alhadad selaku pengacara untuk acara tersebut.
Menerusi pihak produksi, rakaman program berkenaan telah
dilakukan di Putrajaya pada bulan Mac hingga April yang lepas semasa kes
penularan pandemik tidak seburuk sekarang.
Sumber: @FaktaBukanAuta, @eilazroon
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.