"Kn Dah Mendapat..", 2 ekor 'pocong' berjaya ditangkap lalu dihukum tidur di lubang kubur
Padah menyamar menjadi hantu pocong untuk menakutkan orang kampung, dua
remaja lelaki ditangkap dan dihukum dan gambar-gambar kejadian turut viral
di media sosial, lapor Tribun Kaltim.
Dua remaja itu pada asalnya hanya berniat mahu bergurau sahaja, tetapi
perbuatan mereka itu membuatkan penduduk kampung berasa tidak
tenteram.
Akibatnya, mereka ditangkap, lalu dihukum untuk tidur di dalam lubang
kubur semalaman, sambil dikawal oleh penduduk kampung agar tidak melarikan
diri.
Lapor Tribun Jakarta, sebenarnya ada lima remaja lelaki yang terbabit
dalam kejadian itu. Dua di antaranya yang memakai kain putih, sementara
tiga lagi hanya ketawa apabila melihat penduduk kampung yang ketakutan
dengan pocong palsu itu.
Ketua Kampung Kelurahan Sukamaju, Arsyad berkata, kejadian itu berlaku
pada jam 9 malam Jumaat lalu di Lapangan Gelora, Kelurahan Abadijaya,
Sukmajaya.
Jelasnya, sekumpulan remaja itu berbuat demikian kerana terpengaruh
dengan video yang ditonton di media sosial. Selain memakai kain putih, dua
remaja itu turut memakai bedak agar penyamaran mereka lebih menyakinkan.
Kain putih yang digunakan itu pula adalah kain milik nenek
mereka.
"Selesai saja neneknya solat Isyak, mereka terus ambil dan potong
telekungnya. Alasannya kerana terpengaruh dengan video yang ditonton di
media sosial," katanya.
Kes itu bagaimanapun diselesaikan dengan baik dengan keluarga remaja
terbabit kerana sekumpulan remaja itu hanya bermain tanpa berniat mahu
mencederakan atau melakukan jenayah.
Walaupun begitu, mereka dihukum untuk tidur di kubur sementara menunggu
kedatangan ibu bapa mereka. Penduduk kampung berkata, tindakan itu bagi
mengajar mereka tidak mengulangi perbuatan yang tidak berfaedah
itu.