"Saya tak perasan sebab masa tu saya tengok HP..", Anak lemas letika ibunya leka dengan handphone
Kegembiraan seorang kanak-kanak perempuan menyambut hari lahirnya
bertukar menjadi tragedi apabila dia lemas dalam kolam dan kini sedang
bertarung nyawa di hospital, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian pada jam 5 petang 31 Julai lalu, mangsa yang dikenali
sebagai Xiaopai, sebelum itu sedang mandi di sebuah kolam khas untuk bayi
di sebuah pusat hiburan di bandar Fuzhou, wilayah Fujian, sementara itu
ibunya, Puan Wu, pula sedang sibuk bermesej di telefon
bimbitnya.
Xiaoai yang berenang menggunakan pelampung secara tidak sengaja terbalik
ke belakang dan cuba berusaha untuk timbul semula lebih dari 90 saat
sebelum kejadian itu disedari oleh ibunya.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan kini sedang dirawat dan dipantau
di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU).
Puan Wu langsung tidak menyedari kejadian yang menimpa anaknya meskipun
berada dalam jarak yang sangat dekat dengan mangsa.
Menurut Puan Wu, dia ketika itu mahu membalas mesej dari rakannya, dan
seminit atau dua minit kemudian anaknya terbalik dari
pelampung.
Berdasarkan video kejadian, seorang kanak-kanak lain turut menyedari
mangsa sedang lemas cuba mendapatkan perhatian dari Puan Wu, tetapi Puan
wu tidak memahami maksud kanak-kanak itu dan hanya membalasnya dengan
lambaian.
Xiaoai dipercayai lemas dalam tempoh hampir setengah minit sebelum
disedari oleh ibunya. Puan Wu segera mendapatkan anaknya dan cuba
melakukan CPR sebelum meninggal premis tersebut.
20 minit kemudian, mereka tiba di Hospital Fujian dan jantung Xiaoai
ketika itu dikatakan sudah tidak berdegup dan bernafas serta wajahnya
bertukar biru.
Selepas 20 minit kemudian, doktor berjaya membuatkan jantungnya berfungsi
semula dan mangsa dipindahkan ke ICU dan masih dalam keadaan
kritikal.
Difahamkan, pengurus kolam tersebut telah menawarkan dirinya untuk
menanggung kos perubatan kanak-kanak perempuan itu.