(Video) Konduktor bas 'tinju' rakan sekerja kerana enggan beri tempat duduk kepada warga emas
Dalam kejadian jam 1 petang Selasa itu sempat dirakam salah seorang
penumpang bas berkenaan, Janno Cabatuan, yang kemudian dimuat naik ke
laman Facebook dan video insiden itu viral meluas di media
sosial.
Difahamkan, bas milik syarikat Dela Rosa Transit itu dalam perjalanan ke
Manumento, Caloocan.
Video kejadian telah dikongsi lebih 31,000 kali oleh pengguna Facebook
yang memberi pelbagai reaksi mengenainya.
Menurut Cabatuan, lelaki berbaju merah itu tidak membayar tambang dan
mendakwa dirinya kakitangan syarikat bas tersebut. Konduktor itu kemudian
membenarkan dia masuk ke dalam bas.
Apabila datang seorang penumpang wanita warga emas, konduktor berkenaan
meminta lelaki terbabit memberikan tempat duduknya untuk warga emas
berkenaan yang telah membayar tambangnya.
"Lelaki itu enggan dan mula berlagak seperti mahu memukul konduktor bas
tersebut. Bagaimanapun dia gagal berbuat demikian. Sebaliknya, konduktor
berkenaan mengambil kesempatan untuk meninju muka lelaki itu beberapa
kali," katanya.
Lelaki itu terus berada dalam bas sebelum ada suara-suara para penumpang
yang lain meminta lelaki itu keluar dari bas.
Sementara itu di media sosial, netizen teruja melihat video viral
tersebut.
"Dia terima semua tumbukan padu itu, tetapi langsung tak membalasnya,"
kata Paul Flores.