(Video) Senjata makan tuan, pembuli hilang nyawa ditetak dengan pedangnya sendiri
Dalam kejadian pada jam 9.37 malam 27 Ogos lalu, sebuah kereta BMW
berwarna putih cuba menggunakan laluan khas untuk basikal, bagaimanapun
tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang penunggang basikal
elektrik.
Dua penumpang BMW terbabit cuba meminta lelaki itu memberi laluan
kepada mereka, namun dia enggan berganjak kerana laluan itu adalah hak
untuk pengguna basikal.
Hilang sabar dengan kedegilan lelaki itu, pemandu BMW yang bertatu
keluar dari kereta, meluru dan menolak serta memukul penunggang basikal
berkenaan sebelum kembali ke dalam keretanya untuk mengambil
pedang.
Pemandu BMW yang dikenali sebagai Long Ge (Abang Naga) kemudian melibas
pedang tersebut pada mangsa beberapa kali, tetapi berjaya
dielak.
Sehingga satu saat, pedang itu terlucut dari tangan Long Ge secara
tidak sengaja dan di kesempatan itu, mangsa segera mengambil senjata itu
dan terus menyerang Long Ge tanpa was-was. Keadaan bertambah buruk
apabila Long Ge terjatuh menyebabkan dia ditetak berkali-kali di
bahagian tangan dan perut.
Akibatnya, Long Ge yang berusia 36 tahun itu ditetak sehingga mati
dengan keadaan perutnya terburai dan mengalami pendarahan yang
serius.
Bagaimanapun, timbul pertikaian di antara netizen di mana penunggang
basikal itu akan dikenakan tindakan undang-undang kerana 'mempertahankan
diri' sehingga menyebabkan kematian pada Long Ge, di mana sepatutnya
kejadian itu boleh berakhir dengan tanpa perlu ada kematian.
Susulan kes itu juga, beberapa portal mula mendedahkan rekod-rekod kes
yang pernah dilakukan oleh Long Ge.
- Julai 2001, Long Ge pernah dipenjara empat tahun enam bulan di atas kes rompakan.
- September 2006, Long Ge ditahan reman selama 5 hari kerana terlibat dalam kes pergaduhan.
- Mac 2007, Long Ge dipenjara 9 bulan kerana melakukan ugutan jenayah.
- Mei 2009, Long Ge dihukum penjara kerana melakukan jenayah permusnahan harta dengan sengaja.
- Julai 2013, ditahan remana kerana melakukan jenayah dan serangan terhadap mangsanya.
- 27 Ogos 2018, maut ketika cuba menyerang penunggang basikal.
Long Ge ketika dibebaskan kali pertama dari penjara tidak pernah
mengambil inisiatif untuk berubah, malah dia belajar untuk bergaduh dan
kemudian terlibat dengan aktiviti penipuan dan perjudian.
Long Ge juga berubah, dia tidak lagi gemar menggunakan tangannya untuk
mencederakan mangsanya, dan lebih gemar menggunakan pedang atau
pisau.
Menurut sumber polis berkata, "Jangan ingat anda boleh menakutkan orang
dengan senjata tajam. Kalau anda tidak pandai menggunakannya, tindakan
anda hanya menguntungkan pihak lawan," katanya.