Remaja maut terjun dari tingkat 4, ibu dakwa anaknya terpengaruh dengan PUBG
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Haimen, Jiangsu, China, yang
begitu obses dengan permainan video popular, Player Unknown Battlegrounds
(PUBG), meninggal dunia selepas melompat dari tingkat empat di bangunan
kediamannya, lapor ET Today.
Mangsa yang dikenali sebagai Xu Tianci, terjatuh dari tingkat empat
bangunan kediamannya pada awal pagi 30 Ogos lalu.
Ibu mangsa menunding jari terhadap permainan PUBG yang telah mempengaruhi
anaknya untuk melompat dari bangunan.
Untuk pengetahuan umum, PUBG adalah permainan yang melibatkan 100 orang
peserta yang ditempatkan di sebuah pulau untuk mencari senjata dan
membunuh peserta yang lain dari mengelakkan diri dibunuh.
Permainan PUBG memerlukan peserta mengawal karekter mereka untuk berlari
dan menembak musuhnya. Antaranya peserta boleh melompat dari bangunan
tanpa mati dan juga boleh melompat dari bangunan ke bangunan bersebelahan
dengan mudah.
Ibu mangsa percaya, permainan itu telah menyebabkan anaknya menyangka
dirinya boleh meniru aksi seperti dalam permainan itu dengan melompat dari
bangunan tanpa sebarang kecederaan, yang membawa kepada punca
kematiannya.
Difahamkan, Xu bermainan PUBG sebelum dia meninggal dunia dan tidak
menunjukkan sebarang tanda mahu membunuh diri sebelum itu.
Menurut ibunya, Xu seorang yang ceria, ramai rakan dan kehidupannya juga
baik-baik dan tiada sebarang sebab untuk dia membunuh diri.
Disebabkan itu, ibu mangsa mahu memfailkan saman terhadap syarikat yang
mencipta permainan tersebut, PUGB Corporation, dan percaya permainan itu
juga telah mempengaruhi ramai remaja yang lain untuk mencuba melakukan
aksi berbahaya itu.
Sementara itu, polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa dipengaruhi
oleh PUBG.
Malangnya kenyataan wanita itu dianggap tidak masuk akal oleh sesetengah
netizen yang berkata, berkemungkinan mangsa diabaikan oleh ibu
bapanya.
Tetapi, wanita itu menegaskan dia rela mendapatkan anaknya semula dari
wang saman yang diperolehi dari saman terhadap PUBG Corporation dan akan
mendermakan wang itu sekiranya dia berjaya dalam saman terhadap PUBG
Corporation.
"Saya mahu meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa mengenai masalah ini
agar anak-anak tidak dipengaruhi oleh permainan video itu,"
katanya.
Kes ini bukan yang pertama kali berlaku di China, di mana sebelum ini
seorang kanak-kanak lelaki menolak bapanya dari tangga kapal terbang
kerana enggan bermain PUBG dengannya. Mujur bapanya hanya patah
pergelangan tangan.
Sumber: World of Buzz, ET Today