Akibat bagi pil perancang kepada kucing
Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing malang itu
mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya
yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil.
Akibatnya, kucing itu terpaksa dibedah dan dibuang ketumbuhan
tersebut.
Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk
manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu maut.
Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah,
memandulkan haiwan itu.