[Video] "Nak Buang Air Kat Tandas, Jangan Di Sini..", Ibu bapa belasah tukang sapu kerana halang anak mereka buang air besar tepi jalan
Dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa, Yao Xiang, sedang membersihkan
kawasan taman dan tiba-tiba menyedari seorang kanak-kanak sedang cuba
membuang air besar di tepi jalan.
Yao segera menghampiri dan menghalangnya dari berbuat
demikian.
Bagaimanapun, ibu bapa anak kecil itu terus datang menjerit, memaki hamun
dan membelasah Yao kerana menyentuh anak mereka.
Video kejadian yang dirakam orang awam itu juga viral di media sosial
menunjukkan si bapa menarik rambut Yao dan menolaknya sehingga terjatuh.
Sementara si ibu itu pula dilihat sedang bertikam lidah dengan beberapa
pejalan kaki sebelum meludah mangsa.
Mujur orang awam melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Pasangan
suami isteri itu kemudian dibawa ke balai, Yao pula dihantar ke hospital
dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
"Bila awak bekerja menyapu jalan, orang akan memandang rendah pada awak,"
katanya kepada wartawan.
Pasangan suami isteri itu tidak ditahan, sebaliknya mereka memohon maaf
dan akan menanggung kos perubatan Yao.
Kejadian itu sebenarnya boleh dielakkan kerana terdapat dua buah tandas
berhampiran dengan tempat kejadian itu.
Meskipun kejadian itu telah diselesaikan, ramai netizen yang tidak
berpuas hati dengan cara polis menyelesaikan masalah itu, lebih-lebih lagi
pasangan itu tidak ditahan.
Sumber: Next Shark